SABDA RASULULLAH S.A.W
Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada hasad (iri) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang, yaitu terhadap orang yang Allah berikan harta, ia menghabiskannya dalam kebaikan dan terhadap orang yang Allah berikan ilmu, ia memutuskan dengan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain".
(Shahih Muslim No.1352)
HAK CIPTA TIDAK TERPELIHARA. SILA DOWNLOAD DAN SEBARKAN SELUAS - LUASNYA UNTUK DAKWAH.
Nabi SAW bersabda:
: إِنَّ الدَّالَّ عَلَى الْخَيْرِ كَفَاعِلِه
"Sesungguhnya orang yang menunjukkan kepada kebaikan (mendapat pahala) sama seperti orang yang melakukannya".
01. Ustaz Ahmad Buhori - Agama Mu Dalam Bahaya 02 [29.09.14]
PENTAKRIFAN ILMU TAUHID DAN BAGAIMANA CARA MENGUATKAN KEIMANAN..
Ilmu tauhid ialah ilmu yang mensucikan Zat Allah dari
segala yang di gambarkan dalam kefahaman sesorang seperti ayat2
mutasyabihat.. ilmu tauhid menetapkan aqidah2 agama, berdasarkan dalil2
yang diyakini qot’ei (muktamat) daripada al Quran dan sunnah yang
mutawatir yakni hadith yg paling ramai diriwayatkan oleh para sahabat
dan juga tidak boleh di ingkari..
Sekiranya kita hendak menguatkan keimanan, maka
hendaklah kita mempelajari ilmu tauhid daripada kitab2 ahlus sunnah wal
jamaah kerana Allah telah berfirman :
{19} فَعْلَم أنَّهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ الله
“Maka ketahuilah, bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah”
Dengan mempelajari ilmu tauhid, seseorang muslim akan
dapat melindungi dirinya daripada terjerumus ke dalam lubuk kesesatan
dan menolak sebarang keraguan yang dibawa oleh orang kafir dan atheis.
Dengan mempelajari ilmu ini juga, seorang muslim akan mengetahui
cara-cara untuk menolak serangan kumpulan-kumpulan yang sesat seperti
golongan mujassimah (yang menjisimkan Allah) dan Musyabbihah (yang
menyerupakan Allah dengan makhluk)..
Keimanan juga boleh dikuatkan dengan bertafakkur dengan kejadian (makhluk) Allah, sebagaimana firman Allah SWT :