Sunday, August 3, 2014

PERGI NYA SEORANG ULAMA`



Ramadhan yang baru berlalu menerima perkhabaran mendukacitakan pemergian al-Fadhil Ustaz Zakaria Mamat di Kg Nakhoda. Beliau berasal dari Terengganu. Antara keluaran jenerasi awal aliran Thanawi tahun 1981 sezaman dengan Sahibus Samahah Dr Zulkifli Muda, Mufti Kerajaan Negeri Terengganu sekarang. (Saya jenerasi ke 9 Thanawi manakala Sahibus Samahah Dr Zulkifli al-Bakri jenerasi ke 5 bersama-sama Ust Syukri Yusof dan Ust Wan Soho Bani). Ust Zakaria Mamat antara tuan guru yang mempunyai kemamluan fiqh yang tinggi dan aktif mengajar. Beliau banyak menulis hasil daripada catatan pengajaran beliau tetapi sayangnya tidak dicetak. Saya pernah mencadangkan kepada beliau supaya ianya dicetak tetapi dia hanya tersenyum. Antara yang awal bersama-sama Dato Ismail Kamus mengasaskan Persatuan Perubatan Islam Darus Salam. Beliau juga aktif dengan urusan ulamak kawasan sebelum ini. Moga Allah merahmati roh beliau dan memberi pahala yang panjang hasil pengajaran beliau kepada ummat ini.
Al Fadzil Ustaz Zakaria Mamat perginya umpama spt hilangnya mutiara yg berharga,dan ilmunya tiada tolok ganti dgn emas dan permata, seorang ulama yg faqih dlm bidang fikh... Sangup tidak mengejar jawatan dunia kerana berperinsip mempertahan agama dan duduk bersama dlm perjuangan islam.semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di dalam golongan orang orang yang beriman...
Al fatihah

HOTSPORT TERKINI UPDATE

CARA NAK PADAM NAMA DI PINTU NURAKA SAQAR

 01. Ustaz Nur Hafizi Husin - 20 Sifat Hati 36 [20.02.24] https://drive.google.com/file/d/1B3DMDmBnB3W5wEMfs0y03zas1-0ge_6a/view?usp=drive_l...

VIRAL BIN VIRUS