USTAZ AHMAD BUHORI
01. Ustaz Ahmad Buhori - Persoalan Di Mashar [23.07.13]
Load and Reload mp3 : http://www.mediafire.com/?cdcemo818lozp1a
15 Ramadhan 1434
Surau al-Ihsan
"Wahai orang-orang yang beriman (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah
serta sebutlah nama Allah dengan ingatan dan sebutan yang
sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan
petang". Bagi mereka yang telah merasai nikmat dan lazat menyebut Nama
Tuhannya pasti tidak akan merasa ragu mengungkapkan betapa indahnya di
saat dia bersama Allah,menyebut keagungan namanya, mengamati kejadian
makhluk ciptaannya seterusnya merasai kebersamaan dengannya setiap detik
dan saat. Hati yang kotor dengan segala najis kekotoran dosa
memerlukan penggilap untuk menjernihkan karat-karat noda yang tersadur
dengan perbuatan hina dan keji.Nabi besabda "setiap sesuatu ada
penggilap,dan penggilap bagi hati ialah zikrullah". Hati akan terus
terang benderang dengan cahaya zikrullah sehinggakan menjadi mudah
baginya melakukan khidmat dan ketaatan kepada perintah Allah dalam
keadaan susah mahupun senang.Mereka -mereka seperti ini akan sentiasa
tunsuk patuh pada perintah Allah dan bersedia berkorban demi agama walau
dalam keadaan apa jua keadaan sekalipun. Aneh jika terdapat mereka
yang mendakwa sebagai ahli zikir tetapi tidak besedia menjunjung
perintah Allah dalam kehidupan mereka apatah lagi sanggup memengambil
idologi barat yang bercanggah dengan islam sebagai peraturan hidup.
Tidak didapat diragukan lagi bahawa hati boleh berkarat seperyi mana
berkaratnya tembaga dan lain-lain.Penggilat hati ialah
zikrullah.Zikrullah akan menggilap hati dan mencerahkannya seperti
cermin putih. Hati yang putih bersih sesekali tidakkan mempertikaikan
ketentuan hukum keatasnya yang berupa kewajipan dan kefarduan apatahlah
membantah secara sambrono tanpa melihat kepada maslahah di sebalik
kewajpan tersebut seperti mempertikaikan kewajipan menutup aurat.
Merpertikaikan keputusan majlis fatwa akan keharaman umat wanita islam
menyertai ratu cantik yg memperagakan tubuh badann seperti binatang
ternakan yang hendak dijual merupakan salah satu contoh terdekat bukti
pemilik hati yang kotor. Sebesar-besar musibah yang menimpa keatas
seseorang ialah apabila hatinya sudah menjafi keras disebabkan dosa
lampau.Imam Hasan Al Basri didatangi seseorang yang mengadu kepadanya
tentang hatinya keras.Hasan Basri menasihatinya supaya mendidik hatinya
dengan mempetbanyakkan mengucap subhaanallah wal hamdulillah wa allaahu
akbar wala haula wala quwwata illa billah. FAEDAH -FAEDAH ZIKIR
§ Zikir dapat menghalau syaitan dan gangguannya.Hamba Allah yg menjaga
lidah dan hati dengan zikrullah akan dipelihara dan dijauhkan dari
tentera-tentera syaitan dan gangguannya.Kalaulah dengan zikir hanya
terdapat kelebihan ini saja,sudah layaklah bagi hamba itu tidak berhenti
bibirnya dari berzikir.Sesungguhnya syaitan tidaa akan masuk ke dalam
diri melainkan dari pintu-pintu kelalaian, kerana syaitan akan masuk dan
tinggal menetap di dalam hati selama hati tersebut berada dalam keadaan
lalai dan was-was.Zikrullah dapat mengendurkan kemaraan dan mengecilkan
musuh Allah itu menjadi seperti seekor lalat. § Diantaranya lagi,agar
kita diredhai oleh Allah bahkan dengan berzikir dapat menghilangkan
kesedihan dan kegundahan, mendatangkan kegembiraan dan keriangan,
menguatkan hati dan badan, menyinari hati dan wajah, memudahkan rezki
dan memakaikan orang yang berzikir sengan pakaian haibah. Demikianlah
antara keutamaan dan kelebihan zikir yang tidak sepatutnya diabaikan
oleh setiap individu muslim yang menginginkan kesejahteraan dan
pemeliharaan sebenar dari Allah.