USTAZ ISMAIL KAMUS
MASTIKA HADIS
01. Ustaz Ismail Kamus - Mastika Hadis 03 [08.01.13]
Load and Reload mp3 : http://www.mediafire.com/?cxj10dxguswmjn4
WAJIB BERPEGANG TEGUH KEPADA KITAB ALLAH DAN MENGIKUT JALAN PIMPINAN RASULULLAH S.A.W.
Firman Allah Taala, maksudnya: "Dan hendaklah kamu sekalian berpegang teguh kepada kitab Allah Al-Qur'an .. (103, Ali-Imran).
".. Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada
kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang
dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya ..." (7,
Al-Hasyr).
Hadis Ketiga
3- عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: كِتَابُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ هُوَ حَبْلُ اللَّهِ مَنْ اتَّبَعَهُ كَانَ عَلَى الْهُدَى وَمَنْ تَرَكَهُ كَانَ عَلَى ضَلَالَةٍ. (مسلم)
3 - Dari Zaid bin Arqam, r.a. katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kitab Allah Azza wa Jalla ialah tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah),
sesiapa yang menurutnya: Beradalah ia dalam hidayat pertunjuk yang
sebenar-benarnya dan (sebaliknya) sesiapa yang meninggalkannya:
Beradalah ia dalam kesesatan. " (Muslim)
Hadis yang ketiga ini mengandungi:
(1) Kitab Allah ialah jalan perhubungan seseorang dengan Allah.
(2) Nasib seseorang bergantung kepada mengikut atau tidaknya akan kitab Allah.
Huraiannya:
Pertama - Kitab Allah Al-Qur'an Al-Karim:
Allah S.W.T. Tuhan pencipta alam seluruhnya dan pencipta manusia khasnya. Manusia tidaklah seperti keadaan kayu dan batu, dan tidaklah seperti keadaan haiwan-haiwan yang lain, tetapi manusia adalah sejenis makhluk yang kejadiannya tersusun dari jasmani dan rohani, serta berkeadaan dengan sifat-sifat istimewa berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain. Oleh itu maka tak patut manusia hanya tinggal manusia, tidak lebih dari itu, bahkan wajiblah ada perhubungannya dengan Allah penciptanya; maka jalan perhubungan
seseorang dengan Allah itu tidak lain melainkan Al-Qur'an al-Karim. Di
dalam Al-Qur'an ada keterangan-keterangan, ada tunjuk ajar untuk seseorang mencapai keselamatan; ada yang berupa suruhan, ada yang berupa larangan, sama ada dalam bahagian ibadat, mahu pun dalam bahagian bidang-bidang kehidupan, yang wajib dipatuhi, di mana seseorang itu berada dan dalam zaman mana ia hidup, hingga hari kiamat.
ltulah sebabnya Al-Qur'an itu disifatkan dengan "Tali Allah" yang teguh kukuh, sesiapa yang berpegang dengannya selamatlah dia, dan sesiapa yang mencuaikannya binasalah dia.
Kedua - Nasib seseorang dalam alam kehidupan:
Perkara nasib sentiasa dipersoalkan oleh setiap orang dalam setiap masa, lebih-lebih lagi dalam zaman sains dan teknologi mi. Mereka berusaha, mereka bertindak dengan tujuan membaiki dan membela nasibnya.
Tetapi walau bagaimanapun, nasib yang mereka maksudkan itu tidak lebih dari nasib dalam kehidupan dunia sahaja, katalah tentang senang atau susah, atau lain-lain lagi; semuanya setakat dalam dunia, dengan tidak memandang kepada akhirat - alam kesudahan masing-masing; dan semuanya mengikut ukuran lahir semata-mata dengan tidak memandang kepada nilaian akhlak dan peri kemanusiaan; maka dengan sebab itulah dalam berusaha untuk membaiki dan membela nasib kerapkali berlaku pencerobohan terhadap nasib orang lain, atau menyentuh maruah diri sendiri atau diri orang lain.
Adapun nasib yang dimaksudkan oleh agama ialah nasib yang meliputi kehidupan dunia dan akhirat sama, sedang manusia dengan fikirannya sendiri hanya dapat mengetahui perkara jasmani dalam dunia ini, itupun kadarnya sangat terbatas; pada hal hakikat manusia bukanlah jasmani sahaja bahkan jasmani dan rohani sama; maka manusia walaupun seberapa bijak fikiran mereka tak dapat mengetahui dengan sahnya perkara rohani itu, lebih-lebih lagi perkara alam akhirat.
Dengan yang demikian, maka untuk membaiki nasib dan mencapai kebahagiaan dunia akhirat, wajiblah seseorang itu menurut ajaran kitab Allah dan menjauhkan diri dan segala larangannya.