Friday, January 6, 2012

KULIAH PERDANA UAI



Pesanan Buat Sahabat Sekalian..

Assalamualaikum wbt.
Umum mengetahui, Program Countdown 2012 dengan jayanya telah menarik puluhan ribu rakyat Malaysia tidak kira usia untuk sama-sama dapat berhibur secara Islamic sambil mendengar sedikit tazkirah. Golongan yang paling ramai mendekati program ini merupakan golongan muda-mudi yang mana akan menjadi tonggak negara kita suatu masa kelak.
Sehubung dengan jayanya program itu ditambah pula dengan Fenomena UAI, JKK mendapati banyak Fitnah terhadap UAI telah menular di alam siber ini lebih-lebih lagi di laman sosial FaceBook, Twitter, YouTUBE dan blog-blog. Fitnah bertujuan untuk menjatuhkan kreabiliti UAI sebagai role model bagi golongan muda.
Terpanggil dengan apa yang berlaku sekarang, JKK ingin berpesan kepada semua agar tidak menolong untuk menyebarkan Fitnah berkenaan. Kenapa JKK mengatakan “menolong menyebarkan fitnah”? Kerana sedar atau tidak sedar, andainya mereka “like” atau “ReTweet” ataupun “repost” di wall masing-masing, mereka telah secara tidak langsung telah menyebarkan lagi artikel-artikel fitnah yang sememangnya ingin dipromosikan oleh pihak-pihak tertentu.
Benar, niat anda hanya untuk berkongsi kepada rakan bahawa si polan ini memfitnah UAI dan anda hanya ingin feedback/komen daripada rakan untuk artikel fitnah berkenaan. Bayangkan pula rakan anda akan pula repost artikel fitnah berkenaan. Maka terbentuklah sudah satu rangkaian fitnah berantai yang mana ditujukan khas kepada UAI. Nah! siapa yang untung dalam situasi ini sekarang? Adakah UAI atau si polan yang menulis artikel fitnah? Dan yang paling ramai antara kita tidak sedari, kita telah bertolong-tolong dalam melakukan perkara Dosa Memfitnah.. Renung-renungkan..
Semoga sedikit tulisan ini dapat memberi peringatan kepada diri JKK dan sahabat sekalian. Wallahu’alam

HOTSPORT TERKINI UPDATE

UPDATE TERKINI 17 MAY 2026 - 16 OGOS 26

 UPDATE TERKINI 17 MAY 2026 - 16 OGOS 26 01. Ustaz Abdul Aziz Arof 02. Ustaz Ahmad Buhori 03. Ustaz Nurul Khalil Rosli 04. Ustaz Derani Abdu...

QAULU TAM

QAULU TAM

VIRAL BIN VIRUS