USTAZ AHMAD BUKHARI
KITAB BIDAYATUL HIDAYAH
ADAB-ADAB MENGERJAKAN SEMBAHYANG
01. Ust Ahmad Bukhari - Bidayatul Hidayah 18 - Adab Mengerjakan Sembahyang 1 [10.01.11]
Download mp3 : http://www.mediafire.com/?ub8c9am272r0ad3
Download mp3 : http://www.4shared.com/audio/YCanVS8e/
.......Apabila engkau telah selesai bersuci daripada najis pada badan, pakaian dan tempatmu dan engkau telah suci daripada hadas dan setelah engkau menutup aurat daripada lutut sampai ke pusat [bagi lelaki dan seluruh badan kecuali muka dan telapak tangan bagi perempuan ] maka hendaklah engkau menghadap qiblat dalam keadaan berdiri dan merenggangkan sedikit di antara dua kaki dan berdirilah dengan tegak kemudian baca la olehmu surah an Nas sampai akhirnya . Engkau baca surah tersebut dengan niat untuk membentengi dirimu daripada godaan syaitan yang terkutuk kemudian hadirkan hati mu dan kosongkan jiwamu daripada sebarang was was dan hendaklah engkau fikirkan bahawa engkau sedang berdiri di hadapan Tuhan mu dan engkau bermunajat denganNya maka hendaklah engkau malu sekiranya engkau bermunajat kepadaNya dengan hati yang lalai dan dada yang penuh berserabut dengan was-was dunia , bisikan syawat dan hawa nafsu . Dan ketahuilah bahawa Allah Taala mengetahui segala rahsia mu dan melihat ke dalam hatimu dan Ia hanya menerima sembahyang mu yang khusyuk dan penuh rendah diri .Maka sembahlah Tuhan mu seakan akan engkau melihatNya dan jikalau engkau belum mampu berbuat demilkian maka tanamkan lah di dalam hati mu bahawa sebenarnya Tuhan mu melihat segala perbuatan mu .
........Apablia hatimu masih tidak mahu hadir dan anggotamu tidak tenang maka ini adalah berpunca daripada kurangnya makrifat mu terhadap kebesaran dan keagungan Tuhan mu. Cuba engkau bayangkan jika ada orang yang soleh daripada keluarga mu yang sedang memperhatikan dan meneliti sembahyang mu pasti ketika itu engkau akan mendapati hati mu khusyuk kepadanya dan segala anggota mu menjadi tenang di hadapan nya . Oleh itu , kembalilah engkau menasihati diri mu dan katakan pada nya :
........ Wahai nafsu ku tidak kah engkau merasa malu kepada Allah Tuhanmu yang menciptakan mu. Betapa engakau boleh malu di hadapan manusia yang lemah ini dan dia hanyalah salah satu daripada hamba Tuhan mu . Apabila manusia ini meneliti sembahyang mu , engkau boleh khusyuk dan anggota mu menjadi tenang dan sembahyang mu menjadi elok di hadapan nya , sedangkan ia tidak memiliki apa-apa dan tidak dapat memberi sebarang kemudaratan atau kemanfaatan kepada mu . Kemudian betapa engkau tidak malu kepada Allah Tuhan mu yang mengetahui segala rahsia mu dan betapa engkau tidak merasa takut kepada kebesaranNya . Apakah Allah Taala itu lebih hina pada pandangan mu daripada salah seorang hambaNya ? Maka alangkah besarnya kezaliman mu dan alangkah bersangatan nya jahil mu dan alangkah besarnya permusuhan mu terhadap diri mu sendiri " . Wallahualam
petikan dari kitab Bidayatul Hidayah muka surat 86 dan 87 Rumi
Bonus Track
USTAZ AHMAD BUKHARI - BIDAYATUL HIDAYAH 18