Thursday, November 18, 2010

ISU SEMASA IBADAT ATAU ADAT


USTAZ ABDUL AZIZ AROF

ISU SEMASA IBADAT ATAU ADAT

01. Ustaz Abdul Aziz Arof - Pasal Kekeliruan Penetapan Tarikh Raya Korban [14.11.10]
Download mp3 : http://www.mediafire.com/?kq4sqes9o8lbqs5
Kuliah asal Fathul Muin cuma telah di sunting semula khas isu berbangkit

02. Ustaz Abdul Aziz Arof - Hujah Pensyariatan Hari Raya Korban [17.11.10]
Download mp3 : http://www.mediafire.com/?ori55c02lgdbhkv
Isu semasa dan kuliah khusus mesti download dan sebarkan


Bahan Rujukan sila lihat dibawah dan di sediakan oleh Ustaz Abdul Aziz Arof
Dan di tulis semula oleh a.k.n dan yang tersalah taip mohon di perbetulkan semula

HUJAH PENSYARIATAN HARI RAYA KORBAN (عيد الاضحي) ATAU (يوماالنحر )


Disyariatkan sambutan Hari Raya Korban bersama Hari Raya Eidil-Fitri pada tahun ke-2 Hijrah bersamaan 623 Masihi. Manakala pensyariatan ibadah haji menurut Dr. Wahhab Al-Zuhaili dalam kitabnya (al Fiqh al-islam wa Adillatuhu) pada bulan Zulhijjah tahun 9 Hijrah. Berdasarkan kepada Nas dan dalil Rasulullah s.a.w dinyatakan dibawah ini :

1) Sabda Nabi Muhamammad s.a.w

قدمت عليکم ولکم يومان تلعبون فيهما في الجاهيلية,
وقد ابدلکم الله بهما خيرا منهما : يوم النحر ويوالفطر

Bermaksud: Saya mendatangi kamu sedang kamu telah pun mempunyai dua hari raya yang kamu rayakan padanya di Zaman Jahiliyyah manakala Allah telah pun menukarkan keduanya untuk kamu dimana dia lebih baik lagi iaitu Hari Raya Al Nahr (penyembelihan) dan Hari Raya Eidil-Fitri .
(H.R. Abu Daud An Nasai, AHmad dan Al Baghawi daripada Anas Bin Malik r.a)


2) Merujuk kepada hadith Nabi S.A.W

الصوم يوم تصومون , والفطر يوم تفطرن والاضحو يوم تضحون

Bermaksud : Puasa adalah hari kamu berpuasa dan hari raya aidil fitri adalah hari kamu tidak berpuasa dan hari raya adha (korban) pada hari kamu menyembelih .
(H.R. Tirmizi dan Abu Hurairah)


3) Nabi pernah ditanya oleh Zaid Bin Arqam berkaitan tentang korban.Udhiyah itu?

قلت او قلوا ; يارسول الله ! ما هذه الأ ضاحى ؟ قال : سنة ابيکم ابراهيم قالوا : مالنا منها قال : بکل شعرة حسنة


Bermaksud : Aku telah bertanya atau mereka (para sahabat) telah bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah! Apakah Udhiyah itu? Nabi menjawab: "Itu adalah suatu sunnah ayahmu, Ibrahim". Mereka bertanya; Apakah yang kita peroleh dari Udhiyah itu? Rasul menjawab: "Di tiap-tiap bulu (ditiap-tiap sehelai bulu) kita peroleh satu kebaikan.
(H.R. AHmad dan Ibn Majah daripada Zaid Bin Arqam)

Merujuk kepada hadith yang tersebut diatas je;as kepada kita dalil pensyariatan ibadah korban merujuk kepada apa yang dilakukan Nabi Ibrahim.


Firman Allah Taala dalam surah as-Saaffaat ayat 102


فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّـهُ مِنَ الصَّابِرِينَ ﴿١٠٢

102. Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang Membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: " Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku Melihat Dalam Mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: " Wahai Ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan Kepadamu; InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar".


Merujuk kepada dalil tersebut di atas ibadah korban berkait rapat dengan mimpi Nabi Ibrahim bermula pada 8 Zulhijjah dinamakan Hari Tarwiah (hari berfikir atau berkira) pada malam berikutnya (9 Zulhijjah) bermimpi lagi dengan maksud yang sama. Sehubungan dengan itu, Nabi Ibrahim mendapat tahu mimpi itu wahyu dari Allah dan dan dinamakan Hari Arafah (Hari Mengetahui/dapat tahu) manakala hari ke 10 Zulhijjah dikenali dengan Yaum-un Nahr (Hari Sembelihan/Korban).



4. Nas yang menunjukkan ibadah korban dikaitkan dengan rukyah (melihat anak bulan)

ازا رايتم هلال زي الحجه واراد احدكم ان يضحي فليمساك عن شعره واظفاره

Bermaksud : Apabila kamu telah melihat bulan Dzulhijjah dan kamu berhendak menyembelih korban, maka hendaklah kamu tahan diri kamu dari mencukur rambut dan mengerat kuku. (HR. Muslim daripada Ummu Salamah) Rujukan kitab Nailul Authar oleh asy-Syaukani.



Bermaksud : barang siapa disisinya sembelihan (korban) dan ia menghendaki untuk menyembelih korban, maka apabila melihat bulan Dzulhijjah, janganlah ia mencukur atau menggunting rambutnya dan janganlah ia mengerat kukunya hingga ia menyembelih ibadah korban itu
(H.R. Muslim daripada Ummu Salamah) Petikan Kitab Majmuk oleh Imam an-Nawawi.




Bermaksud : Barang siapa mahu menyembelih korban, maka apabila telah masuk bulan Dzulhijjah, janganlah ia mencukur atau menggunting rambutnya dan janganlah ia mengerat kukunya hingga ia menyembelih ibadah korban itu
(H.R. Abu Daud dan an-Nasai daripada Ummu Salamah).



5. Hadith Nabi S.A.W,




Bermaksud : Puasa ialah hari kamu berpuasa dan korban kamu adalah hari kamu menyembelih korban
(H.R. Baihaqi dari Abu Hurairah).



Merujuk kepada keterangan nas dan dalil serta sejarah pensyariatan ibadah korban sebagaimana yang tertera diatas, jelas menunjukkan ibadah korban dikaitkan dengan melihat hilal (anak bulan) dan bukannya wukuf di Padang Arafah walaupun tarikh wukuf dan hari Arafah jatuh pada 9 Zulhijjah. Hari Arafah dirujuk kepada mimpi Nabi Ibrahim yang mendapat tahu secara jelas perintah Allah S.W.T. untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. dan berlaki penyembelihan ke 10 Zulhijjah dikenali Yaum-un Nahr (hari sembelihan/korban).


Dengan itu Majlis Fatwa Kebangsaan telah bermuzakarah pada 20 Ogos 1992 dan menetapkan kaedah penepatan Aidil Adha di Malaysia berdasarkan rukyah untuk bulan Zulhijjah.


Sekian untuk penjelasan kepada kekeliruan yang timbul daripada ibadah korban dan puasa hari Arafah dengan pensyariatan haji termasuk wukuf di Padang Arafah.

والله أعلم

Disediakan oleh Fakir ilaallah

Ustaz Abdul Aziz Arof



HOTSPORT TERKINI UPDATE

10 NASIHAT AGAMA WASIAT IMAN

 01. Ustaz Nur Hafizi Husin - Penawar Bagi Hati 48 [20.10.24] https://drive.google.com/file/d/1WzdxU04WZWtRrnpsEnNoLfSUw10c5ohu/view?usp=dri...

VIRAL BIN VIRUS