MOHON MAAF SEGALA KESULITAN
GEDUNG ILMU
Search This Blog
KULIAH PENUH 2007-2023
Wednesday, April 28, 2010
TAZKIRAH : SIFAT SOMBONG
Tazkirah : Sombong
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan. ” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan) . Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dah tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” -(Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” -(Hadis riwayat Muslim)
AlSurah al-Qashash; ayat 83;
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan dimuka bumi.”
Saudara-saudaraku muslimin…
Sombong dan takabbur adalah sifat Iblis lantaran ia memprotes perintah Allah. Jelas dalam firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 34 yang bermaksud ;
“Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.”
Sombong dan takabburnya manusia menghilangkan kemuliaan, bahkan membawa kehinaan akibat tidak mahu mendengar nasihat atau pantang menerima teguran menyebabkan keangkuhan semakin menyerap di hati, rasa bangga diri, konon dia sahaja manusia terbaik di muka bumi. Tapi beringatlah sifat tinggi diri dan hidung tinggi tiada tempat di sisi Allah dan di Akhirat jua…
Ada pepatah mengatakan “ilmu itu akan hilang di antara malu dan sombong. Ilmu merobohkan segala keluhuran seperti banjir merobohkan bangunan…”
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidak akan masuk syurga orang yang ada sifat sombong sebesar biji sawi dalam hatinya”
Para bijak pandai hukama’ mengatakan “ tidak akan kekal kekuasaan yang disertai dengan kesombongan…”
Allah berfirman dalam Surah Al-Qashas : 83, yang bermaksud :
“Itulah negeri akhirat yang kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh (kemuliaan) dan kerosakan di muka bumi dan itulah kesudahan yang baik bagi orang-orang yang bertaqwa”
Ayat di atas menggambarkan bahawa kenikmatan dan ganjaran-ganjaran baik hanyalah untuk orang-orang yang sentiasa tawaduk (merendah diri) dan bertakwa kepada Allah yang bakal diberikan Tuhan Yang Maha Agung pada akhirat kelak.
Allah berfirman dalam Surah Al-A’raf ayat 146, maksudnya :
“Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatku (yang menunjukkan kekuasaanku); dan jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya”
Ada lagi pepatah lain….
“Yang sombong hanyalah orang-orang yang hina dan yang mahu bertawaduk itu hanya orang-orang yang mulia”
Rasulullah s.a.w bersabda lagi :
”Ada tiga perkara yang menyebabkan kebinasaan: terlalu bakhil, menurut hawa nafsu dan menyombongkan diri”
Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya :
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
Di dalam satu hadis sahih dinyatakan balasan bagi orang-orang yang sombong, bangga diri, takabbur dan sumpamanya itu Allah akan bangkitkan mereka sebesar semut pada pandangan orang lain dengan penuh kehinaan di Padang Mahsyar dan akan dipenjarakan dalam penjara bernama Bolas di sebuah lembah yang dipanggil Habhab di dalam neraka.
Wallahu a’lam….Moga mendapat manfaat berterusan…
HOTSPORT TERKINI UPDATE
LAHIRNYA NOVEMBER DAN BAKAL MENINGGAL
01. Ustaz Nur Hafizi Husin - Hidayatul Salikin 02 [01.11.24] https://drive.google.com/file/d/1tgKSFqyctHrBXAgvt_WDAD35OmxEcVO4/view?usp=dr...
VIRAL BIN VIRUS
-
USTAZ SIDEK NOOR 01. Ustaz Sidek Noor - Sairus Salikin - Tauhid 01 Load and Reload mp3 : http://www.mediafire.com/?qwjykojzud...
-
USTAZ YUSRI ARIFIN TAFSIR SURAH AN NAS 01. Ustaz Yusri Arifin - Tafsir Surah An Nas 1 [27.06.10] Download mp3 : http://www.mediafire....
-
FORUM PERDANA NEVER MADE BY ARRAWA 01. Forum Perdana Set Arrawa - Obat Hati [2014] Set Arrrawa - Ustaz Zaki Madzar , Ustaz Ahmad Buh...
-
KOLEKSI FORUM PERDANA FR 1. Forum Perdana - Hijrah Ketuanan Islam Ahli Panel - Ustaz Mohd Fitri Ahli Panel - Ustaz Dr Ann Wan Seng ...
-
CUBA TEKA MANA SER ARRAWA BETUL WAJJA SER DPT USTAZ AZHAR IDRUS 01. Ustaz Azhar Idrus - We Proud To Be Muslim [uia] 30 Sept 2011 Load...
-
USTAZ ABDUL AZIZ AROF KITAB SABILAL MUHTADIN SURAU UBUDIYAH 01 Ustaz Abdul Aziz Arof - Sabilal Muhtadin 01 [ubudiyah] - [02....
-
KOLEKSI CERAMAH USTAZ ISMAIL KAMUS (Kredit kepada http://www.mymaktabaty.com ) 001. 4 Golongan Manusia http://www.mediafire.com/?ymixgjko8h...
-
USTAZ ABDUL AZIZ AROF KITAB MATLA BADRAIN 01. Ustaz Abdul Aziz Arof - Matla Badrain 01 [01.07.09] Re-Master Tajuk - Bab Taharah 01...