Thursday, October 23, 2014

PERIHAL MENCARI GURU MURSYID


USTAZ SIDEK NOOR 

SAIRUS SALIKIN JILID 03
MEMBAIKKAN SEGALA PERANGAI
MENCARI GURU MURSYID


              Ketahui olehmu hai orang yang berkehendak akan kemenangan di dalam akhirat , bahawasanya segala sifat kecelaan di dalam hati dan segala perangai yang jahat itu iaitu penyakit yang di dalam hati . Maka  sayugianya Bersungguh - sungguh engkau mengubati akan segala penyakit yang di dalam hati itu seperti  engkau bersungguh - sungguh mengubati akan penyakit yang pada zahir badan mu itu . Dan engkau tiada mengubati akan penyakit yang zahir badan mu itu melainkan dengan ubat yang engkau ambil daripada tabib yang mahir yakni daripada tabib yang telah biasa mengubati akan penyakit itu . dan demikian lagi penyakit yang penyakit BATIN di dalam hati itu maka iaitu tiada sembuh ia melainkan dengan ubat yang engkau ambil daripada guru mu yang MURSYID yang mahir ia mengetahui ia akan ilmu TASAWUF iaitu Ilmu Tarikat yang memberi manfaat .
             Dan syekh yang mursyid itu iaitu tabib [doctor] yang mengubati akan hati muridnya dan mengubati akan roh muridnya itu daripada segala penyakit di dalam hati, seperti Riya dan Takbur dan kasih akan dunia dan hasad dan barang sebagainya. Dan adalah guru yang mursyid itu iaitu seperti Nabi shallahu `alaihi wasallam yang mengubati hati segala sahabatnya dengan syariat dan ilmu tariqat. Dan demikian lagi Masyaikh ahli sufi yang mursyid itu iaitu mengubati akan murid-muridnya yang menjalani ilmu syariat dan ilmu ahli sufi itu .
       `Syahdan` Sayugianya bagi syekh yang mursyid itu bahawa ia menilik akan muridnya itu, supaya mengetahui ia akan barang yang ghalib atasnya daripada segala sifatnya yang hendak di ubatinya itu . Maka sayugianya bagi syekh yang mursyid itu pada permulaan jalan murid itu bahawa menyuruh ia akan muridnya itu Taubat daripada segala maksiat yang zahir dan maksiat yang batin.


USTAZ SIDEK NOOR

01. Ustaz Sidek Noor - Sairus Salikin 52 [22.10.14]
Tajuk - Membaikkan Segala Perangai 01 - Mencari Guru Mursyid 01
https://drive.google.com/file/d/0B7IxaHfQ4cJjNFVZQ1ZLd0pvSlE/view?usp=sharing




HOTSPORT TERKINI UPDATE

CARA NAK PADAM NAMA DI PINTU NURAKA SAQAR

 01. Ustaz Nur Hafizi Husin - 20 Sifat Hati 36 [20.02.24] https://drive.google.com/file/d/1B3DMDmBnB3W5wEMfs0y03zas1-0ge_6a/view?usp=drive_l...

VIRAL BIN VIRUS