Friday, March 2, 2012

AYYUHAL WALAD - BERAMAL LAH WALAUPUN DENGAN SEDIKIT ILMU



NASIHAT
KE
EMPAT BELAS

WASIAT IMAM
AS-SYIBLI
RAHIMAHULLAHU TAALA

Adalah dihikayatkan bahawa Imam As Syibi rahimullahu taala telah berkhidmat kepada 400 orang guru . Dan juga beliau juga berkata : Aku telah membaca 4000 buah hadis , kemudian aku pilih daripada bilangan itu sebuah hadis yang benar- benar aku amalkan dan aku tinggalkan yang lain daripadanya . Kerana aku telah memperhatikan hadis yang aku pilih dan aku mendapati di dalamnya ada terkandung di dalamnya ada keselamatanku dan kesejahteraanku dan telah terkandung di dalamnya segala ilmul awwalin [ilmu orang yang dahulu] dan ilmul akhirin [ ilmu segala orang yang terkemudian] maka aku merasa cukup dengan berpegang teguh dengannya . Hadis itu ialah sebuah hadis yang pernah diwasiatkan oleh Rasulullah s.a.w kepada salah seorang sahabatnya .
Hadis itu berbunyi :
Ertinya : - Bekerjalah untuk dunia sekadar mana engkau akan tinggal di dalamnya . Dan beramal lah untuk akhirat mu sekadar mana engkau akan berada di sana . Dan beramal lah kerana Allah sekadar mana engkau berhajat kepadanya . Dan buat lahlah sebarang amalan yang akan memasukkan engkau ke dalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan seksaannya .

Wahai anakku yang tercinta ,
Apabila engkau mengetahui hadis ini , maka sebenarnya engkau sudah tidak perlu lagi kepada ilmu yang banyak .
[ada pun pada ayat di atas ini hendaklah mendengar ulasan para ulama` terlebih dahulu sila tekan butang dibawah ini untuk mendapatkan huraian nya Wallahu`lam ] arrawa .


USTAZ NUR HAFIZI HUSIN

01. Ustaz Nur Hafizi Husin - Ayyuhal Walad 12 - Wasiat Imam As Syibli [01.03.12]
Load and Reload mp3 : http://www.mediafire.com/?6kkd4ickcoeakhm

BONUS SETELAH HILANG PEKERJAAN ATAS KELALAIAN KU



HOTSPORT TERKINI UPDATE

CARA NAK PADAM NAMA DI PINTU NURAKA SAQAR

 01. Ustaz Nur Hafizi Husin - 20 Sifat Hati 36 [20.02.24] https://drive.google.com/file/d/1B3DMDmBnB3W5wEMfs0y03zas1-0ge_6a/view?usp=drive_l...

VIRAL BIN VIRUS