Social Icons

1

ارراوا کوليه نوسنتارا

SABDA RASULULLAH S.A.W Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada hasad (iri) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang, yaitu terhadap orang yang Allah berikan harta, ia menghabiskannya dalam kebaikan dan terhadap orang yang Allah berikan ilmu, ia memutuskan dengan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain". (Shahih Muslim No.1352)
HAK CIPTA TIDAK TERPELIHARA. SILA DOWNLOAD DAN SEBARKAN SELUAS - LUASNYA UNTUK DAKWAH.
Nabi SAW bersabda:
: إِنَّ الدَّالَّ عَلَى الْخَيْرِ كَفَاعِلِه
"Sesungguhnya orang yang menunjukkan kepada kebaikan (mendapat pahala) sama seperti orang yang melakukannya".

JOM CARI KULIAH YANG TERSEMBUNYI

DARI KEGELAPAN MENCARI SINAR

Selasa, 10 Ogos 2010

Obama buka kasut masuk masjid

Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai - nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid - masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda.

Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita. Bagi UMNO semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam.

Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain


1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam


Melihat orang Islam Beribadah



2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam



3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut





4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.
5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut.

6. Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama. Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuat kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara iabadah dengan sujud dan ruku’ yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam disitu.


7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab.

S U R A U K I N I

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

TERIMA KASIH SEMUA

TERIMA KASIH SEMUA

HANCUR ZIONIS YAHUDI

HANCUR ZIONIS YAHUDI